Thursday, 13 June 2013

Someone who is special in my life



Dua hati yang sudah sebati sukar untuk dileraikan


Kak Nana dan Zech :)
 Kak Nana aku tapi sapa Zech ? Haa , haa. Jengjengjeng. Nama diberi Nur Zuhayra Nasrin but people called her Zech or Z. Haha. * ingat lagi ayat ni. ' yow , my name is zubaidah call me zec. haha. '



Haa , ni laa si zuhayra tuu. Comel kan dia ? :) * tengok kak dia la. Hahaha.



Haa , cari la aku yang mana satu. Sapa dapat jumpak , belanja cokelat sekupang. :D


Ketawa bersama , menangis bersama , ku bersumpah harap mati pun bersama. Thanks to Allah sebab pertemukan kami even sekolah yang berbeza. Dia ni memang superb + awesome adik laa. Kadang-2 tu dok merapu ja dengan aku sampai aku pun TERmerapu sekali dengan dia. *cewah , ayat takmau ngaku. haha. Sorry dik sebab selalu marah-2 adik kalau adik tertidur. :') tapi kak tetap sayang adik. Kan marah tanda sayang , hikhik. Mucukkkkk ! Pandaaaaa ! Harimauuuu ! Adik mesti tau kan menda apa ni ? wkaka. Jap-2 , ada lagi. Tertidurrr ! :D aku baru kenal dia tahun ni tapi serupa kenal lama dahh. Dia laa , ramah terlebih. *ayat cover lagi. Haha. Zzzzzzzzz nama panggilan dia , macam bunyi tidur kann. Hahaha. Kak melawak ja dik , sekali sekala. Jangan tinggal kak nah. Tolong jaga kakakmu yang buas ini and comel molek ni. *perasan, haha. Apapun yang berlaku , jangan menangis macam budak-2 nahh. Malu dekat amaq ngan alif. Kahkahkah. Fi hifzillah ( jaga diri ) nahh si budak comel. Study smart tauu. Kerja nak lena jaa. Wkakaka. Result kena bagi gempak lagi dari kak. Adik boleh punya laaaa. Chaiyok-2.


Nak dapat result gempak , kena BERUSAHA.

First And Foremost , :D




Alhamdulillah aku masih dapat menghembuskan nafas di muka bumi ini setelah sekian lama aku menghilang di alam maya ini.

 Tahun ni aku bakal menduduki satu peperiksaan besar iaitu SPM. Ya Allah , takotnya. :') Study tak habis lagi , main semakin banyak. Result PPT baru-2 ni tak memuaskan langsung. Semakin teruk ada laa. Apapun , aku harap result SPM aku lebih dari result PMR aku. InshaAllah. :)




Subjek ni yang paling killer bagi budak-2 sekolah menengah atas macam aku. InshaAllah I will get the better result in SPM for this subject.



Semua orang nak result macam ni kan ? Sapa yang takmau. Yang penting , usaha kena ada , baru kita dapat apa yang kita nak. ' Allah berfirman : Berusahalah kamu dalam melakukan sesuatu pekerjaan itu. Nescaya , kamu akan dapat hasilnya. '



Kepada semua yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun ni , aku mengucapkan SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN walaupun lambat lagi. * lambat la sangat , huhu.





Saturday, 24 December 2011

Muslimah Dan Tudung Labuh

Awal - Awal Bertudung Labuh

Wanita yang bertudung labuh atau dipanggil juga bertudung bulat memberi impressi (tanggapan pertama) bahawa dia wanita yang bagus agamanya. Ia cuma impressi sahaja. Belum tentu dia solehah atau tidak. Dan kebiasaannya wanita yang memakai tudung labuh ini berlatar belakangkan sekolah agama. Kerana mereka diwajibkan untuk memakai tudung labuh.

 Ada sebahagian pelajar-pelajar agama ini, di sekolah mereka bertudung labuh. Tetapi apabila berada di luar sekolah mereka tidak lagi mengenakan pada diri mereka tudung labuh. Ada yang memakai tudung biasa sahaja. Tudung tiga segi, malahan skaf pun ada. Ada juga yang tidak menutup aurat secara sempurna, tetapi bilangan mereka sedikit sahaja.

 Sekolah agama memberikan tarbiyyah. Ia membentuk anak-anak didiknya agar berada di landasan yang betul. Bagi pelajar muslimah di sekolah-sekolah agama, mereka diajar untuk menerapkan pakaian muslimah yang sejati pada diri mereka. Ini bertujuan untuk merealisasikan tuntutan ISLAM dalam berpakaian khas untuk wanita beriman.

 ALLAH subhanahu wata’ala telah berfirman dalam al-Quran berkaitan etika berpakaian wanita beriman yang maksudnya:

 Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya…” (Surah ke-24 an-Nur, ayat 31)

 Pelajar-pelajar sekolah agama ini dikehendaki memakai uniform sekolah dan bertudung labuh, baju kurung yang longgar (tidak ketat), jenis kain yang tidak nipis dan berstoking panjang. Bukan itu sahaja, malahan hal batasan ikhtilat (percampuran lelaki & perempuan) turut diajar kepada mereka. Lelaki dan perempuan dipisahkan tatkala makan di kantin, tangga khas lelaki-perempuan, aktiviti kurikulum & ko-kurikulum kebanyakannya dipisahkan antara lelaki-perempuan dan sebaginya. Ini semua untuk dijadikan bekalan ilmu buat mereka serta mengamalkannya.

 Bukan semua yang gembira dengan peraturan ini. Mereka terpaksa. Tetapi, memang begitulah proses pentarbiyyahan perlu dilakukan. Tanpa peraturan, mereka tidak akan patuh dengan kod pakaian yang ‘menyusahkan’ itu. Mereka pastinya mahu bebas dan bersantai-santai dalam berpakaian. Peraturan untuk berpakaian Islami ini adalah untuk kebaikan mereka sebenarnya. Kebaikan yang diukur dari kaca mata agama.

 Sejuk mata tatkala terpandang... Tahun demi tahun dalam keterpaksaan, lama-kelamaan mereka berasa selesa dengan bertudung labuh. Malahan ada yang jatuh cinta dengan cara berpakaian tudung labuh pula. Mereka membawa cara berpakaian yang penuh kesederhanaan ini ke luar sekolah. Hatta, sehingga habis sekolah. Sampai ke universiti, sampai ke alam pekerjaan.

 Tetapi bilangan mereka yang tetap dengan tudung labuh tidak ramai disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktornya ialah kesesuaian pekerjaan (nature of work), trend, fesyen, akibat keluarga dan sebagainya. Yang paling penting ialah mereka  MENUTUP AURAT dengan SEMPURNA. Samada bertudung labuh atau tidak, bukanlah menjadi ukuran utama. Kerana syariat hanya menyuruh mereka menutup aurat. Asal sahaja sudah menepati syariat, nah silakan…


Disclaimer ≧◡≦


Me and my beloved sister , Zech. Ceh , takdak laa. ><
|| Nur Husna Bt Muhamad Rodzi || - Nana - 

01/10/1996 - SPM victim 

FantastiX0913 is I am. :) 

Live while we are young.